Sunday, July 4, 2010

Penyediaan Rumpai Laut

Ambil 10 gram rumpai laut dan letak pada mangkuk atas besen.


Bilas dengan air sehingga rumpai laut tersebut bersih dan bau masin laut disingkirkan.


Buangkan air bilasan pertama rumpai laut tersebut. Ulangi langkah di atas sehingga rumpai laut betul-betul bersih dan bau masin laut disingkirkan.


Kemudian, cuci dan rendam rumpai laut ke dalam air yang ditapis selama 3 hingga 4 jam.


Setelah rendam selama 3 hingga 4 jam, rumpai laut akan mengembang.


Toskan air rendaman rumpai laut tersebut. Air yang ditos boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga, memasak nasi dan mencuci rambut. Bilas lagi untuk kali terakhir dan toskan.


Rumpai laut sedia untuk dimakan dengan pelbagai jenis makanan atau minuman.

No comments:

Post a Comment