Thursday, July 8, 2010

Manisan Rumpai Laut

Di sini saya akan cuba kongsikan resepi tentang rumpai laut Eucheuma untuk sajian dan kalau sudi bolehlah mencuba resepi yang saya perkenalkan untuk mencapai kesihatan yang optima.


Khasiat Kurma

Kurma adalah salah satu sumber semulajadi terbaik untuk membekalkan kalium. Kalium merupakan mineral penting yang diperlukan tubuh untuk mengekalkan kontraksi otot. Kalium diperlukan untuk memelihara sistem saraf yang sihat dan juga untuk menyeimbangkan metabolisme tubuh. Jika kalium tidak disimpan dalam tubuh, dan banyak menghilang dalam keletihan kita mengerah keringat tubuh kita maka ia haruslah terus-menerus diisi semula. Pengambilan kurma dapat membantu mengisi semula kehilangan kalium dalam badan.

Kurma juga mengandungi pelbagai vitamin B kompleks - thiamin, riboflavin, niacin, vitamin B-6 dan asid pantotenat. Vitamin ini mempunyai pelbagai fungsi yang membantu mengekalkan tubuh yang sihat - untuk metabolisme karbohidrat dan menjaga kadar glukosa darah, asid lemak untuk tenaga, dan mereka membantu membuat hemoglobin, sel darah merah dan putih. Kurma juga mengandungi magnesium yang penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat dan untuk metabolisma tenaga dan zat besi yang penting untuk pengeluaran sel darah merah. sel darah merah membawa semua nutrisi ke sel seluruh tubuh. Selain itu, kurma tiada lemak dan kolesterol !!


Khasiat Longan


Longan atau juga dikenali sebagai lengkeng digunakan sebagai ubat untuk sakit perut, insomnia dan amnesia. Ia dikatakan dapat menguatkan jantung dan limpa, memelihara darah dan mempunyai kesan menenangkan pada sistem saraf. Masyarakat Cina mempercayai longan boleh digunakan sebagai tonik darah, memelihara hati dan menambahkan keharuman dalam masakan dan memelihara keindahan kulit. Ia juga merupakan bahan yang popular digunakan dalam makanan setelah melahirkan anak dan masakan sup.


Manisan Rumpai Laut


Bahan A :

1. 20 biji red dates
2. 20 biji longan kering
3. 20 biji lotus
4. 15 gram rock sugar
5. 1 liter air










Bahan B

* 50g rumpai Laut Eucheuma
(Boleh ditambah mengikut kesukaan masing-masing)








Cara-cara menyediakan Manisan Rumpai Laut


1. Cuci dan rendam rumpai laut Eucheuma mengikut langkah-langkah penyediaan seperti yang telah saya tunjukkan pada blog saya yang lepas.

2. Potong rumpai laut menjadi cebisan yang lebih kecil.

3. Masak air sehingga mendidih dan masukan bahan A seperti senarai diatas selama lebih kurang 1/2 jam.

4. Kemudian, matikan api dan biarkan sajian tadi menjadi sejuk.

5. Masukan rumpai laut yang telah dipotong halus ke dalam air manisan tadi.

6. Manisan rumpai laut sedia diminum. Boleh disajikan dalam keadaan suam atau sejuk mengikut citarasa masing-masing.

Manisan Rumpai Laut

No comments:

Post a Comment